Kiriman pada: Mon, Mar 2nd, 2015

Menjadi Melayu yang hebat, bermaruah dan berkat

Kongsi maklumat ini
Tags

20715_10152885069494998_3325252258014802541_nBUKIT JALIL 28 Feb. – Perhimpunan Perpaduan Melayu malam tadi menyaksikan orang Melayu memperbaharui sumpah yang pernah dilaungkan sewaktu Kongres Melayu Pertama yang diadakan pada tahun 1946 demi memperkasa bangsa dalam menongkah cabaran zaman.

Perhimpunan yang diadakan di Stadium Putra di sini, dyang irasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berhasrat mahu menjadi Melayu satu bangsa yang hebat, bermaruah dan berkat agar setanding dengan rakan-rakan bukan Melayu mereka dalam semua bidang.

Pada perhimpunan yang dihadiri oleh lebih 20,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, Najib berkata, orang Melayu kini sudah sedar bahawa anak kunci dan asas masa depan bangsa bergantung pada kesatuan dan perpaduan, dan ia perlu dijadikan dorongan dan inspirasi.

“Kita tidak mahu orang Melayu diperlekeh dan dihina. Kita mahu orang Melayu dilihat sebagai bangsa yang disegani dan dihormati,” kata Najib, sekaligus menekankan bahawa kerajaan pimpinan beliau akan meneruskan agenda nasional yang berpaksikan agenda Bumiputera.

Selain memperbaharui sumpah, turut dilancarkan lima agenda bangsa dengan tekad untuk menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yang hebat, bermaruah dan berkat.

Agenda ataupun maqasid itu ialah berkenaan Maqasid ad-Deen, Maqasid Kehidupan, Maqasid Zuriat, Maqasid Ilmu dan Maqasid Harta dengan setiap maqasid mempunyai inisiatif tertentu yang akan dipacu oleh pertubuhan dan badan kerajaan.

Antara pihak-pihak yang hadir pada perhimpuan itu termasuk dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.