Kiriman pada: Mon, Feb 29th, 2016

Menjadikah Plan Menjahanamkan UMNO Kali Ini

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamedMemang telah di ketahui dan dijangka bahawa Mahathir akan membuat keputusan keluar UMNO, walau pun ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana rakyat tidak lupa apabila Mahathir membuat keputusan keluar UMNO kerana itulah cara Mahathir untuk melingkupkan UMNO, tetapi jika UMNO masih stabil maka ia akan kembali semula kedalam UMNO.

Lihat sahaja sejarah, beliau sangup membiarkan UMNO diharamkan asal musuh politiknya ketika itu dapat dinyahkan dari parti, rakyat tidak lupa Mahathir sanggup buat apa sahaja asal dapat memenuhi nafsunya, nasfu orang lain sudah pasti akan digagalkan kecuali jika mengikut telunjuk jarinya sahaja.

Rakyat juga pernah melihat akan gelagat Mahathir yang sanggup duduk bersama pembangkang tanpa rasa malu, yang dia sendiri sedar bahawa satu ketika dahulu pernah mereka ini memanggilnya sebagai ‘mahafiraun’, ‘mahazalim’ dan pelbagai ‘maha’ lagi asal dia dapat memenuhi nafsunya.

Kepada ahli UMNO pada masa kini terpulanglah, mahu terpedaya atau masih percaya rentak lakun Mahathir itu terserah, pemimpin berukar ganti dan untuk bersama Mahathir untuk menghancurkan parti keramat orang Melayu ini berfikirlah sejauh mungkin.

Lihatlah dengan mata kepala dan mata hati, janji Mahathir untuk mengkayakan orang melayu, tetapi sahingga kini yang kaya adalah orang bukan Melayu, hujungnya Mahathir tuduh Melayu malas dan Melayu mudah lupa, tetapi yang nyata anak-anak Mahathir tiada yang hidup seperti melukut, semuanya senang lenang.

Kepada ahli UMNO yang mahu mengikut Mahathir, jangan malu malu dipersilakan, pergi tak ditangis, hilang tak terasa, kurang tak merugikan, cuma fikirkan kemanakah kita seterusnya, untuk sertai pembangkang atau serti parti baru, Semangat 46 pun pernah di mansuhkan.

Jika kita turut bersama-sama menjahanamkan UMNO, bersedialah untuk dikencingkan kubur kita oleh anak-cucu dan cicit yang berdarah UMNO tulin nanti, jadikan diri kita sebenar pejuang UMNO tulin dan bukan berjuang kerana Mahathir.

UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.