Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

Menteri Sedia Bantu PM Singkir ‘Punahsihat’

Kongsi maklumat ini
Tags

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN / MESYUARAT PERWAKILAN UMNO KUALA LANGATSABAK BERNAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihat menyingkirkan mana-mana penasihat yang dianggap ‘punahsihat’ kerana pandai ambil kesempatan dan pentingkan diri.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, terdapat beberapa penasihat seperti itu.

“Punahsihat perdana menteri ini kena buang… masalahnya, kadang-kadang kita tak berani, kita takut nak tegur.

“Saya tahu dua tiga orang itu. Dia bukan kira Umno dan parti menang ke kalah (dalam pilihan raya),” katanya di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar di Dewan Terbuka Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar.

Tajuddin, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, punahsihat itu umpama watak dalam filem Lancang Kuning, yang ambil kesempatan di untuk kepentingan diri.

“Kalau saya dipanggil perdana menteri, saya sendiri akan beritahu orangnya. Banyak pemimpin yang jatuh disebabkan orang rapat di sekeliling mereka,” katanya.

Beliau berharap penasihat-penasihat yang dilantik perdana menteri berkhidmat dengan jujur.

“Perdana menteri perlu ada orang-orang yang boleh membantunya dengan memberi nasihat berguna bagi mengelakkan berlakunya perkara yang menyulitkan beliau.

“Banyak perkara yang kadang-kadang tak dapat diterima oleh rakyat. Beliau kena berhati-hatilah. Maknanya, kalau tak boleh pakai janganlah pakai.

“Jangan guna nama perdana menteri sana sini untuk kepentingan peribadi. Saya berhak tegur sebab apa-apa berlaku, kita juga kena. Jika perdana menteri susah, kita pun susah kerana kita nak pertahankan beliau dan parti,” ujarnya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.