Kiriman pada: Mon, Nov 9th, 2015

Menteri Yakin Penjualan Vape Dibenarkan

Kongsi maklumat ini
Tags

jjcSHAH ALAM – Menunjukkan sokongan kepada penggunaan vape sejak awal kontroversi itu timbul, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melahirkan hasrat mahu melihat produk tersebut dikenali di seluruh negara.

Melalui kemas kini status di Facebooknya, Ismail Sabri berharap peluang ini digunakan usahawan muda untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Saya ingin melihat produk vape Malaysia dikenali di seluruh dunia dan yang lebih membanggakan adalah hasil kreativiti anak-anak muda Melayu atau Bumiputera,” katanya.

Menyentuh soal pengumuman dua kementerian berhubung vape, beliau yakin penjualan vape akan dibenarkan.

“Saya percaya pengumuman yang dibuat adalah sebagai gambaran bahawa penjualan vape akan terus dibenarkan walau bagaimana pun akan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang akan dikeluarkan.

“Saya berharap usahawan muda vape akan gunakan kesempatan ini untuk mengembangkan perniagaan mereka. Manakala pengusaha perisa vape terus kreatif dlm menghasilkan perisa yang terbaik tanpa menggunakan bahan terlarang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar pengguna dan peniaga akan mematuhi segala peraturan yang bakal ditetapkan.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, satu jawatankuasa khas mengenai rokok elektronik atau vape ditubuhkan bagi menjawab segala isu mengenai mekanisme kawalan dan penguatkuasaan penggunaannya di negara ini.

Manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilaporkan berkata, satu garis panduan peranti dan penyelarasan harga vape akan dikeluarkan bagi memastikan keselamatan penggunaannya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.