Kiriman pada: Fri, Jul 17th, 2015

Mesir Semak Semula Undang-Undang Anti-Keganasan Media

Kongsi maklumat ini
Tags

EGYPT-POLITICS-UNRESTKaherah -Mesir semalam bersetuju menyemak semula artikel kontroversi yang di sebut sebagai undang-undang anti-keganasan, mengancam pengamal media untuk dipenjarakan jika melapor berita berkaitan keganasan yang bertentangan dengan kenyataan rasmi,” menurut media kerajaan negara itu.

Undang-undang berkenaan diluluskan 1 Julai lalu, mencetuskan reaksi balas pengamal media Mesir selepas hukuman sekurang-kurangnya dua tahun penjara akan dikenakan jika menyiarkan maklumat palsu mengenai serangan pengganas yang bercanggah dengan kenyataan rasmi.

“Kabinet bersetuju untuk menghapuskan hukuman penjara di bawah Perkara 33 dan menggantikannya dengan denda, bermula 200,000 kepada 500,000 pound Mesir,” menurut jurucakap kerajaan Hossam al -Qawish.

Tetapi seorang pegawai media di Mesir, Khaled al-Balchi, berkata semakan itu hanya mengundang ‘lebih banyak hukuman penjara’ sebagai denda yang jelas di luar kemampuan wartawan.

Beliau juga mendakwa bahawa undang-undang itu digubal hanya bertujuan bagi menutup mulut suara pembangkang di negara terbabit. – AFP

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.