Kiriman pada: Mon, Nov 23rd, 2015

MH370 – China Sumbang Tambahan Kewangan

Kongsi maklumat ini
Tags

liow-tiong-lai-mcaKuala Lumpur – Kerajaan Republik Rayat China hari ini memaklumkan bahawa negara berkenaan berjanji akan menambah bantuan sebanyak AUD20 juta dalam usaha untuk meneruskan pencarian MH370.

Perdana Menteri China, Li Keqiang yang tiba pada hari Sabtu lalu memaklumkan perkara berkenaan semasa pertemuan beliau dengan Malcolm Turnbull, Perdana Menteri Australia, di Kuala Lumpur di mana ramai pemimpin-pemimpin Asia Pasifik berhimpun untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke 27.

Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Liow Tiong Lai, memaklumkan bahawa penambahan bantuan berkenaan adalah hasil dari pertemuan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Presiden Xi Jinping ketika bertemu di persidangan APEC di Filipina.

Datuk Liow juga telah menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada rakan-rakan anggota ASEAN yang telah menyumbang kepada pencarian MH370. Ketika Malaysia di dalam keadaan yang sangat memerlukan, Banyak negara-negara jiran telah memberi sokongan padu yang tidak ternilai, dan ini membuktikan kepada hubungan rapat di antara negara-negara sahabat.

Pada April 2015 , Malaysia bersama-sama dengan China dan Australia telah bekerjasama sepenuhnya untuk melengkapkan pencarian di laut dan telah dilanjutkan ke zon carian seluas 120,000 kilometer persegi. Lokasi ke dasar laut yang sangat dalam dengan keadaan cuaca buruk, ia terus memberi cabaran.

Malaysia kehilangan sebuah pesawat pengangkutan udaranya MH370 pada 8 Mac 2014 dan sahingga kini kerja-kerja pencarian masih di teruskan dengan kerja sama kerajaan Australia dan negara China.

China Dan Australia adalah penyumbang terbesar didalam proses pencarian ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.