Kiriman pada: Mon, Nov 23rd, 2015

MH370 – Malaysia Hargai Sokongan Berterusan China

Kongsi maklumat ini
Tags

PTJ37_231115_PMKuala Lumpur – Kehadiran ramai pemimpin dunia ke negara ini untuk menyertai persidangan Kemuncak Asean Ke 27 akan mengeratkan lagi hubungan pemimpin Malaysia dengan pemimpin-peminpin negara yang hadir.

Kehadiran kesemua pemimpin ternama di dunia itu membuktikan Malaysia mendapat kepercayaan pemimpin berkenaan yang Malaysia adalah sebuah negara yang mampu menjadi rakan niaga dan dialoq yang terbaik.

Diantara pemimpin dunia yang di nantikan kehadirannya adalah Li Keqiang ia ini Perdana Menteri China yang akan turut serta bersama deligasi negara-negara Asean yang lain dimana kehadiran Li Kegiang di jangka akan membawa bersama hubungan perdagangan antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Seperti mana kita tahu negara China adalah adalah diantara negara besar yang menyumbangkan bantuan terhadap pencarian berterusan pesawat MAS yang masih belum ditemui ia ini MH370, Baik dari segi kos perbelanjaan, bantuan teknikal serta tenaga pakar di dalam usaha mencari tersebut.

Presiden MCA yang juga selaku Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai didalam kenyataan medianya berkata sumbangan Li Keqiang dan Rakyat Republik China di atas negara ini (Malaysia) dan Australia tersangatlah besar terutamanya sumbangan berterusan didalam usaha untuk mencari MH370.

Umum mengetahui, sejak tragedi kehilangan pesawat berkenaan pada bulan Mac tahun lepas, negara China dan Australia adalah dua negara yang kuat menyumbang dari segi tenaga, kepakaran dan wang ringgit.

Beliau berharap kehadiran Li Keqiang ke Malaysia juga bakal membawa hubungan perdagangan antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Begitu juga dengan pemindahan kepakaran teknologi dan perkongsian pengalaman China dalam membaik pulih kelengkapan kemudahan pelabuhan dan mewujudkan pasaran berasaskan laut yang luas melalui perjanjian ‘New Silk Road’.

Sehubungan itu satu MoU telah ditandatangani di antara Malaysia Port Alliance dan China Port Alliance bagi penubuhan perikatan pelabuhan. Malaysia di wakili oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan rakan sejawatannya dari China, Yang Chuantang.

Selain itu satu lagi perjanjian ia ini mengenai penubuhan Pusat Kebudayaan China di Malaysia juga MoU antara Akademi Sains Sosial China (CASS) dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) turut di meterai.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.