Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

MH370: Pasukan Pakar Bertolak Ke Paris Malam Ini

Kongsi maklumat ini
Tags

SOUTHEAST ASIA REGIONAL AVIATION SECURITYKuala Lumpur – Empat pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines dan Kementerian Pengangkutan akan bertolak ke Paris malam ini bagi membuat pengesahan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di La Reunion island di Lautan Hindi milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang menyatakan pasukan itu akan terus ke Paris, dan tidak akan pergi ke pulau berkenaan, yang terletak di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.

“Kita dah berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini.

“Kami mencapai persetujuan bahawa mereka akan membawa serpihan sayap itu ke Paris, jadi pasukan kami akan bekerja bersama-sama dengan mereka untuk melakukan penetusahan di Paris,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini yang berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas.

Abdul Aziz juga berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian sehingga terdapat bukti sahih serpihan berkenaan milik pesawat yang hilang itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.