Kiriman pada: Fri, Aug 1st, 2014
Fokus | Oleh

#MH370 – Pemetaan dasar laut kesan MH370 lancar

Kongsi maklumat ini
Tags

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pemetaan dasar laut bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang yang dilakukan di lengkungan ketujuh di selatan Lautan Hindi berjalan lancar.

Pusat Penyelarasan Tindakan Bersama (JACC) berkata, proses itu yang dilakukan kapal Zhu Kezhen dan Fugro Equator dijangka selesai menjelang September ini sebelum diikuti dengan pencarian dasar laut.

“Sejak 24 Mei 2004, Zhu Kezhen iaitu kapal Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) telah melakukan operasi pemetaan. Data yang diperoleh akan membantu dalam menentu bentuk topografi dasar laut. Sehingga 30 Julai 2014, ia telah memantau lebih 25,000 kilometer persegi di sepanjang lengkungan ketujuh.

“Fugro Equator iaitu kapal survei khas yang diberi kontrak pihak Australia juga melakukan kerja-kerja survei bathymetric. Sehingga 30 Julai 2014, lebih 43,000 kilometer persegi telah dikesan oleh Fugro Equator,” kata JACC dalam satu kenyataan.

Proses pemetaan dilakukan dilakukan sebagai persediaan untuk pencarian laut dalam bagi mengesan pesawat.

JACC menegaskan adalah penting untuk membuat tinjauan di dasar laut di kawasan terpencil di Lautan Hindi yang belum diterokai sepenuhnya.

“Tujuannya ialah untuk mengenal pasti keadaan di dasar laut yang kemungkinan boleh mendatangkan bahaya kepada kenderaan bawah air yang bakal digunakan dalam kerja-kerja pencarian pesawat,” katanya.

Pesawat MH370 yang menuju Beijing beserta 239 penumpang dan anak kapal didapati hilang dari skrin radar sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu walaupun usaha pencariannya dilakukan sehingga sekarang melibatkan beberapa negara lain.

Pencarian antarabangsa pada mulanya dilakukan ke Laut China Selatan sebelum diubah ke selatan Lautan Hindi.

Mengenai pengirim

-

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.