Kiriman pada: Tue, Nov 17th, 2015

Militan: Imigresen Perketat Kawalan Pintu Masuk Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

gdjyKuala Lumpur – Jabatan Imigresen memperketatkan kawalan keselamatan di kesemua pintu masuk negara dalam usaha mengesan dan memburu individu yang terlibat dalam kegiatan militan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata pihaknya mengesan individu berkenaan berdasarkan senarai nama yang diperoleh daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Kita kesan mereka menerusi sistem biometrik yang mengikut senarai nama yang diperoleh dan berdasarkan kes individu yang telah disenaraihitamkan.

“Kawalan di pintu masuk lapangan terbang juga diperketatkan bagi mengelak kemasukan warga asing yang terlibat dalam kegiatan militan ke negara ini,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kawalan keselamatan di pintu masuk negara susulan serangan di Paris, Perancis pada Jumaat malam.

Mustafa berkata semua Jabatan Imigresen negeri turut diarah memperketatkan pemeriksaan terhadap warga asing di semua pintu masuk utama.

Dalam usaha membanteras kegiatan itu daripada berleluasa di negara ini, pihaknya bekerjasama dengan PDRM dan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan mereka ini.

“Kerjasama ini bagi memastikan mereka tidak mudah membolosi pintu masuk negara,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.