Kiriman pada: Fri, Jan 22nd, 2016

Militan – Sayangi Diri Dan Negara, Jangan Mati Sia-Sia

Kongsi maklumat ini
Tags

pkk1Perang terhadap keganasan perang terbaru yang perlu kita hadapi yang menuuntut rakyat bersatu tanpa mengira idologi dalam menyokong usaha-usaha kerajaan dalam memerangi dan menangkis ancaman keganasan.

Serangan penganas di Jakarta, Indonesia, Paris, Istambul di Turki dan beberapa negara lain pastinya membuka mata kita bahawa ancaman ini semakin menjadi-jadi.

Sehubungan itu Malaysia perlu berada dalam keadaan bersiap-siaga untuk memastikan ancaman yang sama tidak berlaku di negara ini.

Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kelmarin, telah memutuskan bahawa rondaan bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan di pergiakan di kawasan statergi tarikan pelancung dan tumpuan pengunjung.

Langkah itu akan dilaksanakan serta merta untuk menghantar isyarat bahasa keselamatan di negara ini berada didalam kawalan pihak berkuasa, kehadiran rondaan bersama antara PDRM dan ATM boleh memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat tentang sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

Apa pun tahap kesedaran dan sentiviti terhadap keselamatan negara perlu di pertingkatkan ketahap yang lebih tinggi, ia bagi menghadapi sebarang kemungkinan, keupayaan PDRM, ATM dan pasukan keselamatan sememangnya di perakui dan sangat di harapkan dalam menangani kemungkinan ancaman keganasan.

Pada masa sama jabatan Imigresen juga akan memperketatkan kawalan pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara, penelitian akan di buat bagi memastikan setiap individu yang masuk melepasi kawalan keselamatan adalah pelawat tulin.

Selain itu peranan jabatan Kastam Di Raja Malaysia dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampong (JKKK) turut di harapkan dalam memastikan kawalan keselamatan pada tahap tertinggi.

Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang di perkenal turut akan membolehkan kerajaan bertindak dengan lebih berkesan dalam menangani ancaman keganasan di negara ini.

Apa yang penting setiap rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian akan bersama-sama dalam semua usaha kerajaan menentang ancaman keganasan, sebarang ancaman penanas mengacaubilaukan keamanan negara perlu di halang dan di patahkan.

namun begitu kita juga amat kecewa dan kesal apabila 55 rakyat Malaysia di kesan terlibat dalam kegiatan dalam kumpulan IS di Iraq dan Syria, 17 telah terkorban dan 6 daripadanya disahkan sebagai pengebom berani mati, malah PDRM setakat ini telah menahan 129 rakyat Malaysia kerana disyaki terlbat dengan kegiatan tersebut.

Diharapkan pada tahun 2016 tidak lagi di dengari pembabitan rakyat negara ini dalam aktiviti militan, jangan sesekali mudah terpengaruh dengan dakyah kumpulan militan di media sosial.

Fikir secara mendalam dan hati-hati dalam setip tindakkan, sayangi diri dan negara Malaysia yang tercinta ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.