Kiriman pada: Tue, Feb 14th, 2017

Misi Flotila: Najib Ucap Terima Kasih Pada Bangladesh

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Razak menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Bangladesh dan rakan sejawatnya, Sheikh Hasina kerana memberi laluan kepada kapal Nautical Aliya untuk berlabuh di negara itu.

Perdana Menteri berkata, misi Food Flotilla melalui kapal Nautical Aliya itu telah selamat tiba ke Bangladesh untuk menyampaikan 2,000 tan bantuan kepada pelarian Rohingya di negara berkenaan.

“Syabas kepada kesemua sukarelawan Malaysia dan pihak terlibat yang telah bertungkus-lumus dalam misi ini, dan terima kasih kepada Kerajaan Bangladesh dan Perdana Menteri Sheikh Hasina yang memberi laluan.

“Semoga Allah terus melindungi dan merahmati umat Islam serata dunia,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.