Kiriman pada: Tue, Aug 18th, 2015

Misi Mencari Serpihan MH370 Di Pulau Reunion Dihentikan

Kongsi maklumat ini
Tags

French gendarmes and police inspect a large piece of plane debris which was found on the beach in Saint-Andre, on the French Indian Ocean island of La ReunionKuala Lumpur – Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam (Isnin).

Menurut Reuters, polis dan pasukan tentera di Pulau Reunion di Lautan Hindi itu menghentikan operasi selepas gagal memperoleh penemuan baharu.

“Pencarian sepuluh hari melibatkan sebuah pesawat tentara, dua buah helikopter dan sebuah bot laju polis tidak menjumpai sebarang serpihan lagi. Objek yang dihanyutkan termasuk botol air telahpun diserahkan kepada pasukan penyiasat sama ada ia boleh dikaitkan dengan kapal terbang itu,” menurut polis yang dipetik laporan berkenaan.

Pada 6 Ogos, pakar antarabangsa mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau French Reunion bulan lepas adalah daripada Penerbangan MH370.

Pada 12 pula, Pusat Penyelaras Agensi Bersama Australia (JACC) mengesahkan bahawa bahagian daripada sayap pesawat itu adalah daripada MH370 yang belum dijumpai.

Pesawat MH370 hilang semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 239 penumpang dan kru.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.