Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

MITI Kaji Tubuh SPV Import Gegelung Keluli Panas

Kongsi maklumat ini
Tags

hgjkdKuala Lumpur – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengkaji untuk menubuhkan syarikat tujuan khas (SPV) bagi mengimport produk gegelung keluli panas (HRC) dan hiliran.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed , perkara itu masih dalam pertimbangan kementerian selepas beberapa pusingan perbincangan dibuat dengan pihak yang berkaitan.

“Pertama, kita perlu berunding dengan pihak berkepentingan dan pihak berkuasa yang berkaitan. Ini penting kerana kita harus mendapat sokongan mereka.

“Kedua, perkara itu masih dalam pertimbangan kita. Ia belum dibawa ke peringkat lebih tinggi lagi. Ia masih dalam kajian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kongres Usahawan Muda 2015.

Megasteel Sdn Bhd telah mencadangkan supaya menubuhkan syarikat tujuan khas, khusus untuk mengimport produk HRC dan hiliran.

“Kita tidak boleh membuat keputusan terburu-buru kerana kesannya cukup besar. Sama ada setuju atau tidak, kesannya amat besar,” kata Mustapa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.