Kiriman pada: Thu, Mar 19th, 2015

MITI Yakin CBP Akan Merancakkan Iklim Pelaburan Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

mitiLedang – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yakin Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan mulai bulan depan akan merancakkan lagi iklim pelaburan negara ini.

Menurut Timbalan Menterinya Datuk Ir Hamim Samuri , ini berikutan pedagang atau pelabur luar akan lebih yakin dengan sistem percukaian tersebut yang telah lama diamalkan di negara mereka.

Sehubungan itu, Hamim meminta mana-mana pihak supaya berhenti menabur fitnah berhubung CBP yang mendakwa pelaksanaannya boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk termasuk iklim pelaburan negara.

“CBP ternyata lebih telus, kemas dan sempurna yang saya yakin ia mampu membawa negara ke era yang lebih maju,” katanya sambil menambah CBP jauh lebih efisien berbanding sistem percukaian sedia ada.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.