Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

MITI Yakin Persidangan Menteri-Menteri WTO Ke-10 Capai Kejayaan

Kongsi maklumat ini
Tags

KL22_141215_TPMKuala Lumpur – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yakin Persidangan Menteri-Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) ke-10 di Nairobi, Kenya, yang bermula hari ini akan mencapai kejayaan.

Persidangan itu dapat mencarta program kerja lebih konkrit bagi menghidupkan semula Agenda Pembangunan Doha.

Persidangan tersebut akan mengkaji semula kerja WTO dan membolehkan menteri-menteri perdagangan menyediakan lagi bimbingan politik bagi rundingan yang dijalankan di bawah skop pertubuhan itu.

“Selain meraikan ulang tahun ke-20 WTO, persidangan itu merupakan pencapaian penting bagi WTO untuk mengkaji semula isu-isu pelaksanaan yang dipersetujui selepas persidangan-persidangan sebelum ini.

“Ini termasuk keputusan berkaitan dengan kemajuan ekonomi anggota-anggota negara membangun, di samping mencarta program kerja WTO bagi 2016 dan tahun-tahun berikutnya,” kata kementerian itu.

MITI berkata Malaysia akan menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Kumpulan Cairns dan Mesyuarat Perundingan Menteri-Menteri Bank Pembangunan Islam di luar Persidangan WTO.

Persidangan itu juga akan menerima secara rasmi kemasukan Liberia dan Afghanistan sebagai anggota baharu WTO, menjadikan jumlah keanggotaan semuanya 164.

MITI berkata menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menghadiri Persidangan Menteri-Menteri WTO selama empat hari itu yang mana beliau akan bertemu dengan beberapa rakan sejawatnya untuk membincangkan isu-isu dan perdagangan dua hala berkaitan WTO.

Beliau juga dijangka mengadakan sesi meja bulat dan mesyuarat dua hala dengan wakil sektor swasta dari Kenya dan bertemu komuniti Malaysia di Nairobi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.