Kiriman pada: Mon, Feb 29th, 2016

Mlaysia Dan Laos Setuju Teroka Lebih Bidang Ekonomi

Kongsi maklumat ini
Tags

hgkPutrajaya – Malaysia dan Laos bersetuju untuk meneroka lebih banyak bidang kerjasama terutama ekonomi.

Persetujuan dicapai pada mesyuarat dua hala antara Menteri Luar – Datuk Seri Anifah Aman dan Presiden Laos – Choummaly Sayasone, semasa lawatan ke negara itu.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan, Datuk Seri Anifah melakukan kunjungan hormat ke atas Sayasone, yang melahirkan hasrat supaya hubungan Laos dan Malaysia dipertingkat, demi manfaat kedua-dua negara.

Beliau turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, Dr Thongloun Sisoulith, yang juga Timbalan Perdana Menteri Laos.

Antara kerjasama yang dikenalpasti, meningkatkan perdagangan dan pelaburan, perbankan, pendidikan, pelancongan, perkhidmatan udara, kesihatan dan pertahanan.

Lebih banyak syarikat dari Malaysia digalak melabur di Laos, dan mencari peluang untuk mempelbagaikan perniagaan mereka di wilayah Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam (CLMV).

Malaysia juga memberi jaminan untuk menyokong sepenuhnya Kepengerusian ASEAN oleh Laos, tahun ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.