Kiriman pada: Fri, Aug 21st, 2015

MMC Gamuda Terima Penarafan Lima Bintang Untuk Projek MRT

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI RICHARD RIOT ANAK JAEMKuala Lumpur – MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd (MMC Gamuda) yang merupakan kontraktor utama bagi projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) menerima penarafan lima bintang bagi projek itu kerana memenuhi piawaian untuk keselamatan dan kesihatan pekerja (KKP) di tapak pembinaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata MMC Gamuda menerima sijil pengiktirafan selepas kementerian menerusi Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berpuas hati dengan penambahbaikan dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja yang dilakukan MMC Gamuda, selepas JKKP melakukan pengauditan di bawah Model Penyeragaman Penguatkuasaan yang diperkenalkan baru-baru ini.

“Model Penyeragaman Penguatkuasaan ini berkonsepkan kawalan risiko yang perlu dilaksanakan menurut kehendak akta, peraturan, amalan industri dan piawaian KKP yang ditetapkan JKKP.

“Sekiranya kawalan risiko tidak mencapai tahap yang memuaskan, pegawai JKKP akan mengambil tindakan sewajarnya antaranya mengelurakan notis pembaikan, notis pemberhentian kerja, kompaun dan pendakwaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembinaan MRT di Tun Razak Exchange (TRX).

Beliau berkata piawaian KKP untuk kerja-kerja di tempat tingi dan kerja-kerja membabitkan konkrit akan digunakan untuk semua sektor pembinaan di negara ini terutama bagi kerja-kerja berkaitan konkrit yang melibatkan ‘formwork’ dan ‘falsework’.

Beliau menyeru para kontraktor pembinaan supaya menambah baik pengurusan KKP mereka dengan mengenal pasti, menyemak dan menilai semua risiko dalam projek pembinaan bagi memastikan langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.