Kiriman pada: Sun, Mar 8th, 2015

Mobil Mussollah Surau Bergerak Pertama Di Malaysia

Kongsi maklumat ini
Tags

MOBIL MUSOLLAKuantan – Menyedari kekurangan tempat untuk mengerjakan solat terutama di kawasan tumpuan umum seperti pasar malam dan stadium, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Badan Nadwah Islamiyah Pahang tampil dengan idea membuat perkhidmatan surau bergerak atau dinamakan Mobil Mussollah.

Perkhidmatan yang pertama seumpamanya di Malaysia ini, adalah cetusan ilham bersama badan berkenaan dengan badan korporat Telaga Biru Sdn Bhd dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd.

Menurut Timbalan Presiden Badan Nadwah Islamiyah Pahang Datuk Halidan Md Daud, ilham bagi mewujudkan mobil itu telah timbul sejak tahun lepas, bagi menyediakan kemudahan untuk umat Islam bersolat terutama apabila ada perlawanan bola sepak.

“Selepas kami bercambah fikiran, kami membeli dan mengubah suai sebuah lori tiga tan selain peralatan lain dengan keseluruhan kos RM200,000.

“Setiap kali apabila ingin digunakan, kanvas khas dari lori itu akan dibuka berfungsi menjadi bumbung dan permaidani, akan dihampar untuk pelapik orang Islam mengerjakan solat, ” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Mobil Musolla di perkarangan Stadium Darul Makmur, pada Sabtu.

Menurutnya untuk wanita pula satu ruang solat khas disediakan dengan penghadang khas untuk keselesaan bersolat.

Buat permulaan katanya, khidmat Mobil Musollah itu akan ditempatkan di beberapa pasar malam yang terpilih selain perkarangan Stadium Darul Makmur.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.