Kiriman pada: Mon, Jul 13th, 2015

Mohamad Sabu umum penubuhan parti Gerakan Harapan Baru

Kongsi maklumat ini
Tags

MOHAMAD SABUKUALA LUMPUR: Satu parti politik baru diterajui pemimpin progresif dalam parti PAS yang kalah semasa pemilihan parti baru-baru ini diumumkan penubuhannya hari ini.

Pengerusi parti tersebut, Mohamad Sabu berkata, parti yang dinamakan sebagai Gerakan Harapan Baru itu dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang.

“Parti ini berteraskan Islam dengan pendekatan inklusif, progresif dan mengambil peduli terhadap rakyat.

“Ini merupakan permulaan kepada kerjasama baru atau Pakatan Rakyat 2.0,” kata beliau, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

Selain mereka, turut hadir ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Tambah Mohamad, parti itu tidak menolak matlamat penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum.

“Buat masa ini, permohonon pendaftaran parti sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan menunggu kelulusannya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.