Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

Mohd Salleh Akan Teliti Perkara Baharu Untuk Diketengahkan Dalam KKMM

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI AHMAD SHABERY CHEEKKuala Lumpur – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak akan meneliti perkara-perkara baharu yang dirasakan baik untuk diketengahkan dalam kementerian yang baru diterajuinya.

Untuk itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad untuk perbincangan lebih terperinci mengenai hasrat berkenaan.

“Saya adalah seorang pemimpin yang akan mendengar pandangan dan pendapat daripada semua pihak kerana pada saya yang penting kita kena menilai apakah kaedah-kaedah baharu yang boleh menentukan pelaksanaan agar dasar dan sebarang pindaan itu dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai perancangan awalnya di kementerian itu pada majlis kenDurian@angkasapuri,KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) di Angkasapuri.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang sebelum ini Menteri Komunikasi dan Multimedia dan menerajui portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani mulai hari ini susulan rombakan kabinet semalam, turut hadir bagi memeriahkan majlis itu.

Dalam pada itu Mohd Salleh berkata dasar-dasar dan program-program di bawah kendalian menteri terdahulu, Ahmad Shabery akan tetap diteruskan.

“Mungkin dari segi dasarnya tidak ada banyak perubahan tetapi kadang kala mungkin dari segi pendekatannya ada perubahan,” katanya.

Mohd Salleh berkata beliau dijangka memulakan tugasnya di KKMM pada minggu hadapan.

Pada majlis berkenaan beliau tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan kakitangan KKMM dan melawat gerai-gerai makanan bersempena jamuan Aidilfitri yang turut diadakan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.