Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

MPCEPA PAKISTAN DISEMAK SEMULA TAHUN INI

Kongsi maklumat ini
Tags

NEWSKuala Lumpur – Perjanjian Perkongsian Ekonomi Rapat Malaysia-Pakistan (MPCEPA) yang dimeterai pada 2007, akan disemak semula tahun ini.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan Di Malaysia, Syed Hassan Raza berharap semakan itu akan membawa manfaat lebih saksama kepada kedua-dua buah negara.

Beliau berkata semakan semula itu adalah mengikut klausa dalam MPCEPA yang menetapkan bahawa perjanjian tersebut akan disemak semula selepas beberapa tahun pelaksanaannya.

Perjanjian ini merangkumi liberalisasi perdagangan barangan, perkhidmatan, pelaburan, SERTA kerjasama teknikal dua hala.

Tahun lalu, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Pakistan berjumlah hampir 1 bilion Dolar Amerika, 80% daripadanya terdiri daripada komoditi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.