Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

MPS KOMPAUN EMPAT PUSAT HIBURAN HARAM

Kongsi maklumat ini
Tags

nvhSandakan – Sebanyak empat pusat hiburan dikesan menjalankan aktiviti secara haram dalam operasi Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), semalam.

Penolong Pegawai Kanan Unit Penguatkuasa MPS Sairin Abdul Rahman berkata premis tersebut dikompaun di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Hiburan Awam 1958 kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa memiliki lesen yang sah.

“Kesalahan pertama boleh dikompaun sebanyak RM1,000 manakala bagi kesalahan seterusnya, kompaun sehingga RM25,000 boleh dikenakan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata MPS tidak teragak-agak untuk mengeluarkan arahan penutupan mana-mana pusat hiburan yang ingkar terhadap undang-undang.

Sairin yang mengetuai operasi yang bermula pukul 9 malam itu berkata sebanyak tujuh premis pusat hiburan dan kafe diperiksa di kawasan Bandar Sandakan, Tanah Merah dan Bandar Ramai-Ramai.

Dalam operasi itu, pihaknya turut menyita beberapa peralatan muzik dari empat pusat hiburan yang dikompaun itu dan menasihati pemilik premis agar mematuhi syarat yang ditetapkan dalam lesen mereka.

Beliau berkata pemeriksaan berterusan akan dijalankan dan sekiranya masih ada premis hiburan yang melanggar syarat perlesenan, tindakan tegas akan diambil termasuk menyenaraihitamkan premis mereka.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.