Kiriman pada: Fri, Dec 16th, 2016

MRT Bukti Komitmen Kerajaan Sedia Pengangkutan Awam Efisien, Selesa

Kongsi maklumat ini
Tags

Petaling Jaya – Kejayaan pelaksanaan Transit Aliran Massa (MRT) membuktikan komitmen kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyediakan prasarana pengangkutan awam yang efisien dan selesa.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata ia turut memenuhi keperluan rakyat atau ‘people economy’, selaras dengan aspirasi “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Tan Sri Ali yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah MRT Corp berkata projek MRT merupakan sebahagian daripada rangkaian rel Lembah Klang yang komprehensif dan integrasi dengan perkhidmatan rel yang lain.

Beliau kata dalam ucapannya pada majlis pelancaran operasi fasa pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di sini.

Katanya selain daripada itu, untuk kemudahan para pengguna, perkhidmatan bas pengantara MRT yang dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, juga akan beroperasi untuk menghubungkan penumpang ke stesen terdekat.

Tan Sri Dr Ali berkata pihaknya juga telah berjaya memperolehi akreditasi Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001:2015 baru-baru ini untuk projek MRT SBK

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.