Kiriman pada: Fri, Dec 16th, 2016

MRT – Fitnah Rafizi Tidak Menjadi

Kongsi maklumat ini
Tags

Apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil alih pemerintahan kerajaan pada tahun 2009, pelbagai rancangan pembangunan termasuk pembangunan pengangkutan serta melancarkan pelbagai transformasi bagi merancakkan ekonomi negara agar rakyat mencapai kualiti kehidupan yang tinggi sepertimana di bandar-bandar terkenal dunia seperti di London, Paris, Sydney dan sebagainya.

Dan semalam apa yang menjadi perancangan Dato’ Seri Najib telah menjadi kenyataan bila mana projek MRT yang menjadi impian beliau yang berslogankan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan di lancarkan dengan kos kira-kira RM21 billion dan dimaklumkan juga bahawa projek ini telah menjimatkan kira-kira RM2 billion dari jangaan awal.

Sebelum ini didalam kenyatan media Rafizi Ramly yang dibuat pada tahun 2012 dimana ketika itu ia menjawat jawatan sebagai Pengarah Strategi PKR mendakwa bahawa projek MRT ini akan melonjak kepada RM100 bilion walaupun ianya mendakwa bersumberkan maklumat dari SPAD.

Seperti kita sedia maklum puak mereka ini tidak senang jika tidak menfitnah kerajaan apa tah lagi yang melibatkan nama Najib Tun Razak, dan hari ni terbukti setelah siap ianya hanya berbelanja sebanyak RM21 billion sahaja.

Dengan pelancaran MRT semalam maka impian kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai mode pilihan kepada penguna kenderaan awam telah pun tercapai dan diharapkan ianya akan dapat mengurangkan kesesakkan jalan raya yang kian meruncing sekarang ini.

Pujian harus diberi kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SAPD) kerana telah merangkan plan pembangunan pengangkutan awam negara ini agar ianya menjadi sebuah negara yang memiliki sistem pengankutan yang efisien dan moden dengan rangkaian perhubungan antara stesyen yang mengagumkan antara pengangkutan awam yang ditunjangi sistem rel dan bas.

Ternyata fitnah Rafizi tidak menjadi, belanjawan MRT hanya RM21 billion bukannya RM100 billion dan sistem pengangkutan awam semakin cangih, jika diharapkan pembangkang belum tentu kita sampai ketahap ini, lihat sahaja Selangor dan Kelantan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.