Kiriman pada: Tue, Dec 27th, 2016

MRT: Orang Ramai Di Jemput Beri Maklum Balas

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Dato’ Seri Najib hari ini menjemput orang ramai memberi maklum balas terhadap perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa satu yang baru dilancarkan.

“Dah 10 hari MRT beroperasi, macam mana, siapa dah naik? Boleh beri maklum balas kepada @MRTMalaysia kalau ada apa-apa cadangan dan pendapat,”

Najib menulis didalam catatan di laman rasmi Facebook beliau malam ini.

Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan para penumpang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas perantara percuma selama sebulan hingga 16 Januari depan.

Laluan fasa pertama MRT membabitkan 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dengan jarak sejauh 21 kilometer itu mula beroperasi 16 Disember.

Ia meliputi stesen Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara and Semantan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.