Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

MSM Labur US$259 Juta Bina Kilang Penapis Gula Terbesar Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

hyjrsKuala Lumpur – MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) akan melabur sebanyak US$259 juta (US$1=RM4.27) bagi pembinaan sebuah kilang penapis gula terbesar Malaysia di Tanjung Langsat, Johor.

Satu perjanjian Pemerolehan Kejuruteraan, Reka Bentuk dan Pembinaan (EPCC) dimeterai hari ini antara MSM dan Sharkara International yang juga firma gabungan Thailand, Sutech Engineering Co Ltd, bagi kontrak bernilai US$95.7 juta untuk tempoh dua tahun.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MSM, Datuk Sheikh Awab Sheikh Abod, kilang penapis di Johor yang juga ketiga di negeri itu, dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga 2017.

“Sebaik sahaja beroperasi, ia akan menguasai pasaran hadapan dengan sasaran kapasiti pengeluaran sebanyak dua juta tan gula bertapis setahun berbanding 1.1 juta tan setahun ketika ini,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

MSM menguasai lebih 60 peratus dalam pasaran gula tempatan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.