Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

MSU Rai Graduan Sulung Dan Cemerlang

Kongsi maklumat ini
Tags

bdfnjSERAMAI 47 graduan cemerlang dan graduan sulung daripada tujuh program pengajian antara yang diraikan pada sidang Konvokesyen ke-18 Management & Science University (MSU) yang berlangsung pada 23 dan 26 Januari lalu di Dewan Canselor, MSU.

Seramai 1,910 jumlah keseluruhan graduan terdiri daripada ijazah doktor kehormat, ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma menerima skrol masing-masing dalam tiga sidang majlis yang dihadiri oleh Pro Canselor dan Presiden MSU.

Sempena majlis konvokesyen ke-18 ini juga MSU telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Strategik dan Kepimpinan (Honorary Doctorate in Strategic Management and Leadership) kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada majlis konvokesyen khas yang berlangsung di Istana Negara pada 13 Januari lalu.

Prof Ciaran O Cathain yang merupakan Presiden, Athlone Institute of Technology (AIT), Ireland pula dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan (Honorary Doctorate in Management) sempena konvokesyen kali ini.

Sementara itu, seramai 12 graduan merupakan penerima ijazah doktor falsafah (PhD), 31 penerima ijazah sarjana, diikuti 1,100 penerima ijazah sarjana muda dan 767 penerima diploma. Manakala Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP) menyumbang jumlah graduan terbesar iaitu 493 orang.

Selain itu, tujuh program pengajian bakal melahirkan graduan sulung iaitu program Master in Accounting/Finance, Master in Management, Bachelor in Psychology with Marketing (Hons), Bachelor of Counseling and Guidance (Hons), Bachelor of Information Systems Auditing (Hons), Diploma in Spa Management dan Diploma Aircraft Maintenance Technology.

Di samping itu, seramai 55 graduan yang merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut menerima diploma masing-masing dalam Seni Kulinari.

Anugerah khas graduan cemerlang turut diberikan kepada 47 graduan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian mereka dalam bidang masing-masing.

Anugerah tersebut terdiri daripada Pingat Emas Canselor, Anugerah Presiden, Mohd Shukri Yajid Outstanding Award, Anugerah Akademik dan Anugerah Industri.

Antara penerima anugerah tersebut ialah Mohamad Akhbar Ali, Ijazah Perubatan dan Ijazah Pembedahan (Kepujian) untuk Anugerah Pingat Emas Canselor; Nur Shafiyah Mohamad Shafi, Ijazah Sains Bioperubatan (Kepujian) dan Nurfatiha Roslee, Diploma Kejururawatan, masing-masing terima Anugerah Presiden; dan Grace Vani A/P Thiyagarajan, Ijazah Perubatan dan Ijazah Pembedahan (Kepujian) untuk Mohd Shukri Yajid Outstanding Award.

MSU melalui Pelan Strategik selama tempoh 10 tahun (2011-2020) menekankan pengalaman pembelajaran menyeluruh merangkumi enam teras utama iaitu pengalaman pembelajaran pelajar, sistem penyampaian pembelajaran, persekitaran pembelajaran, inovasi & penyelidikan, pengantarabangsaan dan kampus mesra alam.

Ia juga adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 dalam usaha negara melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi 10 lonjakan seperti yang digariskan oleh PPPM.

Manakala fasa ketiga pembangunan kampus MSU yang terdiri daripada hospital dan MSU Student Village yang merupakan kemudahan penginapan pelajar di mana kedua-dua kemudahan ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2016.

Majlis konvokesyen ini juga turut dimeriahkan dengan MSU Homecoming Fiesta bermula 19 sehingga 26 Januari lalu. Program ini telah menarik penyertaan lebih daripada 2,000 pengunjung.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berkenaan adalah majlis Anugerah Senarai Presiden, Pelancaran President List Club, Pelancaran International Mobility Programme, Apprentice Challenge, Aerodance, International Cultural Fiesta, Entreprenuer Village (e-Village), Hippocratic Oath, Beauty & Style MSU, bazar keusahawanan, bazar makanan serta pelepasan kontinjen MSU yang bakal menyertai Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT) 2016.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.