Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

MTCC Main Peranan Penting Rangsang Pembangunan Persijilan Hutan Di Asia

Kongsi maklumat ini
Tags

zdgjfdgmKuala Lumpur – Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC) memainkan peranan penting dalam merangsang pembangunan persijilan hutan di Asia, dengan 4.66 juta hektar kawasan hutan diperakui bagi kelestarian pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Setiausaha Agung Program bagi Sokongan Persijilan Hutan (PEFC) Ben Gunneberg berkata, hutan yang diurus dengan baik penting bagi menggalak dan melindungi mata pencarian di kawasan luar bandar.

“Persijilan hutan terbukti menjadi alat penting dalam menangani isu-isu berkaitan dengan penebangan hutan, pembalakan haram dan memastikan tadbir urus hutan yang baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Persijilan kayu adalah satu daripada langkah efektif bagi memastikan hutan diurus dengan cara yang mesra alam, diterima dari segi sosial dan berdaya maju dari segi ekonomi.

“Kepimpinan MTCC dalam menggalakkan persijilan kayu tropika memberi rangsangan kepada negara-negara lain di rantau Asia Tenggara, serta China, Korea Selatan, Jepun dan India, bagi melaksanakan pengurusan hutan lestari dan persijilan PEFC,” kata Gunneberg.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.