Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

Muat naik gambar anak di laman sosial undang bahaya

Kongsi maklumat ini
Tags

The loading screen of the Facebook application on a mobile phone is seen in this photo illustration taken in LavignyKUALA LUMPUR: Perbuatan ibu bapa yang suka memuat naik gambar anak mereka di laman sosial boleh mengundang bahaya, kata seorang pakar psikologi. Dr Meriam Omar Din berkata, ibu bapa harus menyedari jenayah siber yang mungkin berlaku ekoran tindakan mereka itu. “Mereka perlu tahu risiko atau kemungkinan yang boleh berlaku,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan selebriti yang gemar memuat naik gambar anak mereka di laman sosial, tetapi dieksploitasi pula pihak lain. Dr Meriam menarik perhatian bahawa pedofilia atau tarikan untuk mengeksploitasi seksual kanak-kanak semakin berleluasa di internet. “Golongan tidak bertanggungjawab ini sukar dikesan. Kumpulan ini sudah lama wujud dengan kegiatan mereka sukar dikesan walaupun anggota keluarga mereka sendiri,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.