Kiriman pada: Wed, Jul 29th, 2015

Muhyiddin mahu ahli UMNO tumpu usaha kukuhkan parti

Kongsi maklumat ini
Tags

MALAYSIA-POLITICS-NAJIB-CORRUPTION-1MDBKUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu ahli UMNO menumpukan kepada usaha mengukuhkan parti dan jangan terlalu berfikir soal pengguguran beliau dalam barisan baharu Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, semalam.

Bercakap pada sidang media khas di kediamannya di Bukit Damansara di sini, sebentar tadi, Muhyiddin berjanji akan meneruskan khidmatnya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

“Saya akan terus bekerjasama dengan Najib (Datuk Seri Najib Razak) yang memang menjadi tugas saya membantu Presiden,” katanya.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut berterima kasih kepada semua Bahagian UMNO yang terus memberi sokongan kepadanya terutama UMNO Johor, malah sedia untuk hadir merasmikan mesyuarat perwakilan parti sekiranya diundang. Mengenai jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang kosong berikutan penyandangnya, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin menegaskan beliau tidak berhajat untuk mengambil tugas sebagai Pengerusi PAC jika dilantik. “Lantiklah sesiapa saja yang difikirkan sesuai untuk galas tugas itu,” katanya. Semalam, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet 2015 dengan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Muhyiddin mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009. Selain Muhyiddin, empat menteri dan seorang timbalan menteri turut digugurkan selepas mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran. Menteri yang digugurkan adalah Datuk Seri G Palanivel yang menjawat jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin ( Sains, Teknologi dan Inovasi).

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.