Kiriman pada: Tue, Feb 23rd, 2016

Muhyiddin Memang Patut Berhenti Jadi Timbalan Presiden UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

muhyidinyassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin memang patut meletakkan jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sudah tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri sepatutnya sudah punyai banyak masa untuk parti tetapi Muhyiddin nampaknya lebih lantang untuk mendesak Datuk Seri Najib untuk berundur berbanding tugas beliau membantu presiden.

Untuk apa terus memegang jawatan itu jika sudah tidak nampak lagi tugas sebenar. Ketika ini beliau masih lagi berjawatan timbalan presiden dan perlu fokus kepada parti. Jadi mungkinkah fokus Muhyiddin sekarang ni lebih tertumpu untuk menjadi Presiden pula?

Jika dahulu beliau berkata akan terus setia kepada parti serta seringkali dalam ucapan beliau juga menyatakan tidak sesekali mahu memburukkan UMNO. Percaya atau tidak kesan daripada ucapan beliau ketika sebenarnya menjejaskan imej UMNO dan kerajaan.

Tutur kata Muhyiddin seperti menampakkan beliau adalah orang yang ‘benar segala benar’. Sampaikan memberi gambaran mengapa Perdana Menteri perlu takut untuk berhadapan dengan beliau. Apa sebelum ini Datuk Seri Najib tidak pernah berhadapan dengan beliau? Cara bagaimanakah yang dimaksudkan Muhyiddin?

Sebelum ini jika tidak silap Datuk Seri Najib ada memberi salam perdamaian dalam ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO lepas. Bagai tiada sambutan, barangkali perkara tersebut tidak membawa kelebihan politik kepada Muhyiddin.

Oleh sebab itu barangkali dengan kaedah memberi ucapan dikhalayak ramai disertai pula pihak media yang berkerumun akan lebih memberi impak. Tetapi jangan lah sampai program melibatkan budak sekolah menjadi tempat untuk hentam pemimpin, itu politik terdesak namanya.

Tamparan hebat buat Muhyiddin apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah meminta Tan Sri Muhyiddin meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.