Kiriman pada: Sat, Feb 27th, 2016

Muhyiddin Penakut Rupanya

Kongsi maklumat ini
Tags

20150729T061510Z1331002511GF20000007654RTRMADP3MALAYSIAPOLITICSKejutan buat semua penyokong Tan Sri Muhyiddin apabila beliau tidak hadirkan diri pada mesyuarat MT yang mana mungkn beliau tahu bahawa akan ada usul untuk menggantung jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Beginikah yang dikatakan seorang pejuang?, benarkah Muhyiddin seorang pejuang yang diangkat kononnya seorang pejuang Melayu tulin oleh segelintir penyokongnya sedangkan untuk berhadapan dengan Ahli Majlis Tertinggi pun beliau tidak berani.

Suatu ketika dahulu ketika Anwar Ibrahim berhadapan dengan situasi yang sama beiau tetap hadir untk berdepan dengan Ahli Majlis yang ketika itu di ketuai oleh Tun Mahathir malah penyokong Anwar juga ramai yang mengiringi beliau.

Situasi Muhyiddin berbeza, bukan sahaja penyokongnya boleh dikira dengan jari, tiada kain rentang dan sepandok, kelibat Muhyiddin pun tidak kelihatan adakah Muhyiddin tidak sanggup berdepan dengan Ahli Majlis beserta dengan Presiden UMNO.

Ini bermakna Muhyddin hanya berani menghentam residen UMNO dari belakang sahaja, berani memberi serangan dari jarak jauh tetapi takut untuk menyerang Presiden UMNO secara berdepan, inikah rupanya pejuang Melayu yang dijulang.

Berhubung dengan cadangan pergantungan Muhyiddin ianya adalah sesuatu yang perlu pada masa ini kerana Muhyiddin sudah mula menikam dari belakang, seorang pahlawan tidak sesekali menikam lawannya dari belakang atau tikam curi walaupun ada peluang untuk menang, itu pengecut namanya.

Diluar bukan calangnya lagi dicabarnya Presiden UMNO tetapi dipanggil untuk berdepan beliau bukan saja tidak mahu hadir tetapi memberi alasan untuk tidak hadir kerana beliau tahu beliau akan kesaorangan kerana penyokong beliau pun tidak hadir, jika ada kelibat yang hadir pun itu semua muka dua talam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.