Kiriman pada: Fri, Dec 30th, 2016

Muhyiddin Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri

Kongsi maklumat ini
Tags

Sudah hampir empat hari keyataan Mahathir bahawa pemberian BR1M itu adalah satu rasuah dan haram jika di belanjakan tidak dibalas sama ada menyangkal atau bersetuju dengan fatwa tersebut, ternyata Muhyiddin seperti terikat tangan, kaki dan mulut sahingga tidak berdehek walupun dengan sepatah kata.

Malah kemungkinan sekarang ini sedang bersembunyi dari pihak media yang sedang menanti dengan penuh minat kenyataan balas Muhyiddin berhubung dengan kenyataan Mahathir selaku pengerusi parti bunga yang mana Muhyiddin adalah Presidennya, adakah beliau mahu mengiakan dan bersetuju bahawa BR1M itu adalah rasuah atau mahu berpegang pada kenyataanya dahulu bahawa BR1M ini adalah wang rakyat dan bukan rasuah.

Kenyataan yang pernah beliau lafaskan ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan sambutan Perayaan Rakyat 1Malaysia di pusat Rekreasi Air Balok, Beserah disaksikan oleh lebih 20 ribu pengunjung ketika itu, malah beliau juga turut menyatakan bahawa bantuan tersebut diberikan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira latar belakang fahaman politik mereka.

Muhyiddin juga turut memuji dengan mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sentiasa prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.

Tetapi kini Muhyiddin seperti terpaku dengan faktwa yang dikeluarkan oleh Mahathir beberapa hari lalu sahingga tidak berani di sangah atau dibantah akan faktwa tersebut, malah tidak ada satupun keyataan resmi dari parti yang dipimpin oleh Muhyiddin berhubung kenyataan Mahathir tersebut.

Muhyiddin kini terjerat didalam perangkap yang mereka pasang sendiri, mereka menyusun perangkap tetapi mereka terlupa kesan dari perangkap tersebut, diketika rakyat sedang merasa bersyukur dengan keprihatinan kerajaan, dengan tidak disangka ada yang sanggup mengeluarkan faktwa bahawa bantuan kerajaan tesebut adalah haram kerana berbentuk rasuah.

Mampukah Muhyiddin memperbetulkan Mahathir atau akan terus akur dengan kenyataan Mahathir bahawa duit [emberian bantuan BR1M itu haram, jika Muhyiddin berpendirian sama seperti Mahathir ia memberi erti bahawa Muhyiddin tidak layak menjadi seorang pemimpin apatah lagi sebagai Perdana Menteri kerana sering berdolak dalih didalam membuat keputusan.

Jika mahu membenarkan atau menyanggah kenyataan yang salah pun Muhyiddin tidak berani bagaimana mahu membuat keputusan penting untuk negara dan kebaikkan rakyat, untuk menjadi seorang ketua negara Muhyiddin harus ada pendirian dan berpegang pada prinsip bukan seperti lalang yang mudah terumbang ambing walaupun di tiup angin yang lembut.

Sudah-sudahlah Muhyiddin anda memang tidak layak untuk jawatan Perdana Menteri tetapi selayaknya duduk dibawah ketiak orang lain.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.