Kiriman pada: Sun, Feb 21st, 2016

Muhyiddin Tidaklah Sehebat Anwar Ibrahim

Kongsi maklumat ini
Tags

muhyidinMakin ketara Muhyiddin Yassin di perkudakan oleh kumpulan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang kini bertindak diluar kemahuan parti apabila mendesak Presiden parti Dato’ Seri Najib Meletakkan jawatan ( jika mereka ahli UMNO), mereka mula memperkudakan Muhyiddin.

Sebagai Timbalan Presiden masakan hanya layak hadir sekadar merasmikan program ‘Tusyen Percuma’ anjuran sebuah taman perumahan sahaja, bukan bertaraf daerah atau negeri apatah lagi negara, jika program sebegini pun beliau hadir dan beri keutamaan adalah perkara-perkara yang beliau ingin tunjukkan.

Dengan kehadiran tidak sampai 150 orang ternyata kehadiran Timbalan Presiden UMNO ini seperti tidak di undang dan tidak selayaknya sebagai seorang Timbalan Presiden parti yang mempunyai ahli hampir 5 juta orang, ianya amat-amat memalukan.

Sebagai perasmi program ‘Tusyen Percuma’, sepatutnya beliau banyak bercakap soal pentingnya pendidikan, soal pelajaran dan masa depan murid yang mengikuti program tersebut, tetapi yang di luahkan oleh beliau lebih memeningkan mereka yang mendengar yang ratanya adalah anak-anak dan pelajar, tidak ramai orang kampong atau ahli UMNO apatah lagi orang politik yang hadir.

Apa yang diluahkan oleh Muhyiddin adalah isu yang telah lama di jawab dan dianggap selesai, mungkin sekadar mahu meraih simpati hadirin sahaja apabila isu 1MDB, 2.6 Billion, isu dia di ugut, mempertikaikan kenapa dia tidak dibenarkan berucap pada perhimpunan Agong UMNO, banyak perkara yang di luahkan hanya sekadar mengungkit sahaja.

Paling jelas yang Muhyiddin telah di perkudakan apabila beliau mula menyanjung kumpulan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) kononnya berani bertindak menentang kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak, bunyinya sama seperti suara pembangkang didalam setiap ceramah mereka.

Nampaknya pembangkang telah mendapat tukang kempen dan penceramah baru yang mewakili mereka, mungkin Muhyiddin mahu UMNO pecat dirinya dari parti agar senang dia menyertai pembangkang.

Walaubagaimanapun kekuatan Muhyiddin tidaklah seperti Anwar Ibrahim dan kumpulan GKCM tidak sehebat kumpulan Reformasi yang membela Anwar, mereka berjaya menghimpunkan ribuan hadirin tetapi GKCM hanya berjaya mengumpulkan murid sekolah yang tidak pun sampai 200 orang, 4 buah kemah yang disediakan kelihatan lengang, jika di bandingkan dengan majlis perkahwinan pun lagi ramai.

Mungkin jalan politik Muhyiddin sudah pun sampai ke penghujung, usahlah menongkah arus kerana kita pun sudah di mamah usia, lebih afdalnya jika kita berehat dan mulakan harian kita untuk belajar bermain dengan cucu.

20160220054516

20160220054502

20160220054516 (1)

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.