Kiriman pada: Wed, Dec 9th, 2015

Muhyiddin tinjau perhimpunan sayap UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

muhyidin.transformed_2KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat Perhimpunan Tahunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi. Muhyiddin yang memulakan lawatan dengan meninjau persidangan Pemuda di Dewan Tun Dr Ismail pada jam 3.10 petang turut diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal. Selepas melawat persidangan Pemuda hampir 30 minit, Muhyiddin meneruskan lawatan ke Dewan Tun Hussein Onn bagi mengikuti persidangan Puteri seterusnya meninjau perbahasan wakil Pergerakan Wanita di Dewan Merdeka. Suasana dewan di ketiga-tiga sayap menjadi gamat apabila ketibaan pemimpin nombor dua parti itu diumumkan Pengerusi Tetap pergerakan masing-masing. Sorakan dan tepukan gemuruh oleh setiap perwakilan menyambut kunjungan yang tidak dijangka itu. Senyuman yang tidak lekang di bibir Muhyiddin serta Shafie ketika mengikuti perbahasan setiap perwakilan jelas menafikan dakwaan bahawa Muhyiddin sudah jauh hati dengan perjuangan parti keramat Melayu itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.