Kiriman pada: Wed, Feb 24th, 2016

Muhyiddin Dalam Diam Bantu Pembangkang?

Kongsi maklumat ini
Tags

Muhyiddin YassinSikap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering menghentam Presiden UMNO Datuk Seri Najib sebenarnya boleh menyerongkan pandangan orang terhadap UMNO. Mereka melihat tindakan Muhyiddin itu sebagai satu bentuk serangan yang tidak rasional oleh pemimpin yang matang politik.

Golongan muda memang mudah terpengaruh dengan sentimen remeh temeh. Jika tidak mengapa apa sahaja hal remeh pun boleh cepat menjadi viral di media sosial. Muhyiddin dilihat seperti terpengaruh dengan cara Rafizi yang banyak memain isu dana, 1MDB dan sebagainya untuk menarik orang muda benci kerajaan. Isu sudah pun terjawab namun masih dimainkan lagi kerana melalui isu itu pakatan pembangkang boleh menjatuhkan UMNO dan kerajaan.

Apabila Muhyiddin berbicara berkaitan hal yang sama dimainkan oleh pembangkang tetapi beliau dia mengatakan untuk mempertahan UMNO adalah sesuatu yang mustahil. Isu yang Muhyiddin mainkan itu sebenarnya adalah modal pembangkang untuk menjatuhkan UMNO. Mengapa harus meniru rentak pembangkang jika sudah tahu isu itu boleh membantu pembangkang mengkucar-kacirkan lagi parti?

Pembangkang memang sedang gelojoh untuk menjatuhkan kepimpinan ketika ini dan pada masa sama Muhyiddin juga seperti seiring dengan niat itu. Diakhir-akhir ini Muhyiddin seperti mempunyai ‘banyak masa’ untuk menegur kepimpinan sedia ada. Walhal pada ketika berjawatan dalam kabinet dahulu mengapa beliau ‘senyap’ sahaja. Kini sudah tiada jawatan pula menunjuk sikap berani dan berkata orang lain pula yang takut kepada beliau.

Terdapat pandangan mengatakan sekarang ini beliau tidak ‘berani’ bekerjasama dengan Tuan Presiden kerana takut hilang sokongan. Jika takut hilang sokongan mengapa masih ‘berani’ memegang jawatan Timbalan Presiden yang sepatutnya membantu tugas-tugas presiden? Muhyiddin sebenarnya masih memerlukan parti untuk menunjukkan suara beliau masih ada ‘power’.

Oleh sebab itu beliau dinasihatkan untuk berhenti menjadi timbalan dan menjadi ahli biasa supaya dapat dipastikan sebenar-benarnya, adakah suara beliau betul-betul ada ‘power’.

#Muhyiddinbaikundur

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.