Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

Mukhriz bergegas tinggal majlis

Kongsi maklumat ini
Tags

AHMAD BASHAH / SIDANG MEDIA DESAK PERLETAKAN JAWATAN MB KEDAHALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bergegas meninggalkan majlis dihadirinya di Kampung Berjaya, di sini, sebentar tadi sejurus menerima maklumat berhubung sidang media khas diadakan kepimpinan UMNO Kedah, yang menyatakan rasa hilang percaya terhadap kepemimpinan beliau. Tindakan Mukhriz itu menyebabkan wartawan yang membuat liputan sempena majlis anjuran Giant Eden Sdn Bhd itu, terpinga-pinga apatah lagi rata-rata mereka memang menunggu untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai pengumuman tergempar ketika sidang akhbar terbabit. Berdasarkan maklumat, Mukhriz dikatakan bergegas ke pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini dan kini satu mesyuarat sedang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan isu terbabit. Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dalam sidang media bersama barisan kepemimpinan UMNO negeri, menyatakan rasa hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.