Kiriman pada: Wed, Dec 7th, 2016

Mulianya Sasauwan Negara Di Mata Kafirun.

Kongsi maklumat ini
Tags

kafirunDiketika negara luar memuji keimpinan Dato’ Seri Najib, Sasauwan negara menimbulkan pelbagai fitnah dengan pelbagai tuduhan tanpa menghadirkan bukti bagi menguatkan hujahnya, tetapi segala tomahan yang dibuat membuatkan Dato’ Seri Najib semakin kuat dan teguh tidak sedikit pun mengusarkannya kerana Najib Razak yakin beliau berada dilandasan yang benar.

Ketika sasauwan negara mengutuk sistem GST yang kononnya menyusahkan rakyat dengan sokongan mopti agama yang menyatakan haram memungut cukai melalui cara GST, kerajaan Arab Saudi mengambil contoh pendekatan Malaysia dan mengumum akan melaksanakan kutipan GST pada kadar 5% tanpa pengecualian terhadap apa jenis barangan pun, ini bermakna jemaah umrah dan haji tahun hadapan akan tertempias dengan perlaksanaan tersebut.

Jika sebelum ini bolehlah kita menimati teh susu dengan harga 2 riyal, maka tahun hadapan jemaah akan dikenakan cukai 5% yang membawa kepada harga 2 Riyal 10 sen, jika dinilai tomahan mopti yang mengatakan haram, maka bagaimana pula dengan cukai yang bakal di pungut oleh kerajaan Arab Saudi ini, atau kerajaan Arab ini bukan negara Islam atau pemimpin-pemimpin Arab ini juga bukan beragama Islam.

Begitu juga dengan sindiran sasauwan terhadap sokongan Najib kepada batahan rakyat yang mengutuk kekejaman rejim Myanmar yang menindas rakyatnya yang beragama Islam, sedangkan ketika itu sasauwan negara ini sedang menjalinkan kerjasama dengan puak yang memusuhi Islam dan bangsa Melayu sejak sekian lama, tetapi Dato’ Seri Najib mendapat pujian dari Majlis Ulama Indonesia tidak kepada sasauwan negara.

Malis Ulama Indonesia memuji kerana Dato’ Seri Najib menyeru kepada melakukan perkara baik sesama umat Islam yang seiring dengan ajaran dalam Islam sendiri yang mahukan umatnya mengambil tahu akan sesama Islam atas prinsip kemanusiaan sedangkan sasauwan negara ini menganjurkan dan menyemaikan rasa benci kepada pemimpin Islam dengan sokongan kaum kafir yang kita ketahui sentiasa sahaja memusuhi Islam.

Ini bezanya seorang negarawan dengan sasauwan negara, seorang negarawan sentiasa mencari apa sahaja formula untuk menyatukan ummah walaupun terpaksa mengunakan pelbagai kaedah, apa yang penting rakyat mesti hidup bersatu padu dan Islam di letakkan ke martabat yang paling tinggi.

Berbeza dengan sasauwan negara yang lebih mementingkan kehidupan diri sendiri dan meletakkan Islam ditelapak kakinya sahingga nabi junjungan Muhamad S.A.W di persendakan dikhalayak kaum kafir agar dirinya di pandang mulia, mulia di mata kafir adalah lebih baik bagi dirinya dan tidak mengapa asal dapat memenuhi tuntutan nasfu untuk menggantikan Kaurun dan Firaun.

Mempersendakan keluarga baginda Rasullulah S.A.W, membezakan kehidupan di zaman baginda dengan kehidupan hari ini juga dianggap sebagai satu gurauan yang memberi kemuliaan kepada sasauwan negara oleh kaum kafir yang sentiasa memerangi Islam dan dianggap sebagai bahan lawak tanpa menyedarinya kaum kafir telah mentertawakan Nabi junjungan.

Begitulah mulianya sasauwan negara hari ini di mata kaum kafir yang pernah memusuhinya, mengkejinya dan menghina dirinya selama 22 tahun.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.