Kiriman pada: Mon, Jan 23rd, 2017

Mungkin PAS Sudah Penat Di Perkudakan

Kongsi maklumat ini
Tags

Memang tidak boleh dinafikan tanggapan bahawa parti ulung didalam pakatan pembangkang yang diketui oleh DAP sukar untuk dijadikan kawan politik yang baik seperti mana yang didakwa oleh bekas parti yang pernah bersekongkol dengan mereka dahulu ia ini parti PAS.

Ibarat pepatah kawan makan kawan itulah gamaknya yang sesuai dengan apa yang dikatakan oleh pemimpin PAS terhadap DAP, ketika diperlukan mereka sanggung tidur sebantal berselimut yang sama, tetapi setelah mendapat apa yang dihajat makan DAP sanggup menendang kawan sebantalnya dari katil.

Mungkin inilah pengalaman yang pernah dilalui oleh parti PAS suatu ketika dahulu, pengkhiatan demi pengkhiatan yang dilakukan oleh DAP terhadap hubungan baik mereka suatu ketika dahulu cukup memeritkan untuk ditanggung malu oleh parti PAS, sahingga sanggup mengelarkan parti DAP sebagai sebuah parti yang tidak sesuai untuk dijadikan kawan politik.

Dari dahulu lagi agenda anti Islam memang terselah dan pernah di tulalkan oleh masyarakat dan pemain politik negara yang agak terkejut bilamana mana PAS sanggup menghalalkan apa sahaja yang dibuat oleh DAP demi meraih sokongan politik termasuk membiarkan DAP mempersendakan Al Quran.

Nampaknay pada kali ini PAS benar-benar berpatah arang dan berkerat rotan akan hubungan lampau mereka walaupun mempunyai cita-cita mahu selamatkan Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Kini hanya Lim Kit Siang dan Mahathir sahaja yang tinggal untuk menyelamatkan Malaysia yang mereka berdua sahaja tahu Malaysia perlu di selamatkan dari ancaman apa, kerana yang selainnya hanya mengikut kerana pakatan pembangkang di monopoli oleh DAP.

Tindakan PAS mahu menjauhkan diri dari kelompok pembangkang yang diketuai oleh DAP mungkin juga disebabkan oleh parti serpihan mereka ia ini PAN turut berada bersama DAP, yang kini menjadi pakar rujuk berhubung dengan isu agama Islam.

Memang ramai yang tahu bahawa DAP tidak pernah pun menghormati PAS sebagai rakan kongsi politik mereka sejak zaman berzaman lagi, tetapi kesempatan dan peluang yang datang menjadi penyebab PAS sangup mengenepikan prinsip perjuangan mereka asal dapat meratah UMNO dan Barisan Nasional.

PAS sanggup menebalkan kulit muka semata mahu menumpang tuah DAP untuk berkuasa dan sanggup menelan segala nista yang dilemparkan, malah sanggup menikus bila ada pemimpin DAP yang meminta agar PAS keluar dari landasan perjuangan berlatar belakangkan agama.

Mungkin kini hubungan renggang yang kian menebal menjadikan PAS berani bersuara menentang segala patah perkataan dari pemimpin DAP dan menjadikan PAS berani kembali bersendiri didalam pilihan raya ke 14 nanti.

Syabas diucapkan kepada parti PAS yang kini sudah kembali kejalan perjuangan asal mereka dan bukan lagi menjadi kuda kepada DAP sahingga sanggup menghalalkan setiap perbuatan mungkar DAP.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.