Kiriman pada: Wed, Aug 5th, 2015

MyCC Beri Amaran Terhadap Persatuan Taska Dan Pengasuh

Kongsi maklumat ini
Tags

dfjsfgndKuala Lumpur – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah memberi amaran kepada Persatuan Taska dan Pengasuh termasuk ahli-ahlinya yang menetapkan skala yuran secara kolektif dan menolak penentuan skala yuran secara bebas.

MyCC dalam kenyataannya berkata penetapan skala yuran secara kolektif bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Persaingan (AP 2010) iaitu melarang perusahaan menetapkan, secara langsung atau tidak langsung suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain bagi pembelian barangan dan perkhidmatan.

Jika sesebuah perusahaan didapati bersalah atas pelanggaran Akta, MyCC boleh mengenakan penalti sehingga 10 peratus pendapatan sedunia perusahaan tersebut sepanjang tempoh pelanggaran Akta ataupun mengenakan mana-mana arahan lain yang dianggap sesuai.

Oleh itu, pihak MyCC telah mengarahkan semua Persatuan Taska dan Pengasuh serta ahli-ahlinya di seluruh Malaysia untuk menghapuskan penetapan skala yuran tersebut dengan segera.

Pengerusi MyCC, Tan Sri Siti Norma Yaakob berkata bukan bermakna bahawa mana-mana taska dan pengasuh yang mahu menetapkan skala yuran secara individu iaitu sama ada menaikkan atau menurunkan harga boleh berbuat demikian.

“Kenaikan harga secara bersendirian bukanlah satu amalan antipersaingan, tetapi MyCC mahu memastikan mereka membuat keputusan secara individu sama ada hendak menaikkan atau tidak berpandukan kos operasi mereka yang berbeza-beza,” Katanya.

Orang ramai juga digalakkan untuk melaporkan kepada MyCC jika mereka mempunyai apa-apa maklumat mengenai badan profesional dan / atau persatuan perdagangan yang melibatkan diri dalam penetapan yuran yang diikuti oleh anggota-anggota mereka tanpa mana-mana asas perundangan untuk berbuat demikian.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.