Kiriman pada: Fri, Feb 12th, 2016

MYEG DILANTIK KDN URUS PROGRAM GAJI PEKERJA ASING

Kongsi maklumat ini
Tags

bmhgKuala Lumpur – MY E.G. Services Bhd telah dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menguruskan program penggajian semula pekerja asing tanpa izin.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, MyEG berkata surat pelantikan itu menggantikan surat pelantikan bertarikh 4 September 2015.

Semua terma dan syarat yang dinyatakan dalam surat terdahulu akan diganti dengan syarat baharu.

MyEG turut memaklumkan projek itu tidak mempunyai nilai tetap memandangkan ia bergantung kepada bilangan pekerja asing tanpa izin yang berjaya didaftarkan.

Ia akan berkuat kuasa bermula 15 Februari hingga 15 ogos 2016 serta dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2016 dan 2017.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.