Kiriman pada: Thu, Jan 5th, 2017

MyHSR Buka Tender Kajian Titik Kawalan Bumi

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – MyHSR Corp Sdn Bhd (MyHSR) akan membuka tender bagi kajian Titik Kawalan Bumi (GCP) esok, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Beliau berkata, pakej tender itu terbuka kepada syarikat berpengalaman yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia.

“Kami menggalakkan firma yang mempunyai pengalaman berkaitan supaya terbabit serta berharap kepada tender yang kompetitif dan berjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tender itu akan memudahkan kerja di kawasan kajian untuk mewujudkan rangkaian kerja kajian bersama dan konsisten dalam lingkungan jajaran Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Ia membentuk sebahagian daripada kerja-kerja pembangunan projek keseluruhan susulan daripada pemeteraian perjanjian dua hala projek itu antara kerajaan Malaysia dan Singapura baru-baru ini, katanya.

Mohd Nur Ismal berkata, hasil kajian itu akan berperanan penting bagi mengantaramukakan sistem grid berkaitan dan pembinaan infrastruktur.

“Kerja-kerja kajian itu akan termasuk pemasangan binaan GCP dan mewujudkan Titik Rujukan Bersama antara Grid Nasional, Grid Negeri dan Grid Projek HSR”.

Syarikat-syarikat yang berminat boleh melayari laman web MyHSR di http://www.myhsr.com.my/tender.php mulai esok.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.