Kiriman pada: Fri, Dec 25th, 2015

Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Kepada Mohd Izwan

Kongsi maklumat ini
Tags

nabila-huda-06Tepat jam 9.20 pagi akhirnya pelakon Nabila Huda, 31, telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Izwan Bin Johar, 32, dengan sekali lafaz disaksikan oleh jurunikah Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Ustaz Khairuddin Haiyon.

Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh bapa Nabila Huda sendiri iaitu penyanyi Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor.

Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor. Pihak perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM 300 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pada majlis itu juga, pihak perempuan menerima 5 dulang hantaran berbalas 7 daripada pihak lelaki. Sementara itu, majlis resepsi mereka akan diadakan pada hari Sabtu di kediaman keluarga pihak lelaki di Shah Alam.

Sekalung tahniah buat pasangan Nabila Huda dan suami, Mohd Izwan Johar kerana telah menjadi pasangan suami isteri yang sah, dan kami di Rotikaya mendoakan agar pasangan ini berkekalan dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.