Kiriman pada: Wed, Mar 18th, 2015

Nabila Huda Terkilan Sering Dipandang Negatif

Kongsi maklumat ini
Tags

JBoZMMaSering terpalit dengan kontroversi negatif, pelakon yang cukup disukai penghayatan watak yang dibawanya oleh peminat, Nabila Huda mengakui kadang-kala dia berasa sedih dengan perkara tersebut. Untuk pengetahuan, pelakon telah tersenarai di dalam kategori Artis Paling Kontroversi (salah satu kategori online) yang diperkenalkan di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.

Tidak mudah melatah, Nabila menjelaskan bahawa jika diberi pilihan, tidak akan ada satu selebriti pun yang mahu tersenarai di dalam kategor tersebut namun pelakon ini memandang perkara tersebut daripada sudut positif dan menyifatkan ia sebagai satu catatan menarik di dalam perjalanan kerjaya seninya.
Nabila menjelaskan, kadang-kala perkongsian kehidupan peribadinya bersama peminat dan masyarakat umum sering disalah ertikan malah dalam masa yang sama turut membuka peluang munculnya isu yang mudah untuk dijadikan bahan sensasi.

“Apabila kehadiran saya hanya dipandang sebagai artis kontroversi, kadang-kadang ia menyedihkan dan membuatkan saya kurang selesa. Saya hanya akan bercakap soal kerja saja,” katanya sambil menjelaskan tindakan dirinya berkongsi kisah peribadi adalah untuk berlaku jujur namun tidak dihargai.

Buat Nabila, anda tahu di mana kekuatan anda dan tidak perlu risau dengan kata-kata negatif yang mendatang. Perjalanan masih jauh dan kami yakin ramai lagi peminat di luar sana yang sentiasa memberikan sokongan kepada Nabila.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.