Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

NADMA pantau kesan fenomena El-Nino

Kongsi maklumat ini
Tags

jabatanmeteorologi1.transformedPUTRAJAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengaktifkan Kumpulan Kerja bagi Menangani Situasi Panas dan Kering serta merta hari ini berikutan keadaan cuaca tidak menentu kesan fenomena El-Nino. Ketua Pengarahnya, Datuk Zaiton Ab Samah, berkata kumpulan kerja ini akan bersidang secara berkala mengikut keperluan bagi memantau situasi dan menyelaras tindakan kadar segera. “Keadaan panas dan kering yang dijangka berterusan sehingga suku pertama tahun ini berpotensi mewujudkan kesan rantaian seperti kebakaran hutan, penurunan paras air empangan dan juga jerebu. “Berikutan itu beberapa perkara diputuskan dalam mesyuarat ini termasuk pelaksanaan pemantauan dengan mengaktifkan pelan tindakan pencegahan pembakaran terbuka dan perintah larangan apabila perlu,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat: Persediaan Menghadapi Cuaca Panas dan Kering di sini sebentar tadi. Zaiton berkata, selain itu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga akan bersiap sedia untuk melaksanakan operasi pembenihan awan bagi tujuan membentuk awan hujan atau pengairan empangan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.