Kiriman pada: Sun, Dec 20th, 2015

Nahas Bas Chiang Mai 13 Rakyat Malaysia Disahkan Maut

Kongsi maklumat ini
Tags

image (2)Kuala Lumpur – Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera termasuk empat parah dalam satu kemalangan bas di Chiang Mai, utara Thailand pada Ahad.

Ketika dihubungi Bernama malam Ahad, Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin berkata dalam kejadian 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) itu, seramai 22 rakyat Malaysia berada di dalam bas berkenaan selain beberapa penumpang lain yang belum dikenal pasti kewarganegaraan mereka.

“Pihak kedutaan sedang menunggu pengesahan mengenai pengecaman mayat rakyat Malaysia terbabit sebelum menghubungi waris mangsa di Malaysia.

“Berdasarkan sumber yang saya peroleh, rakyat Malaysia terbabit difahamkan berasal dari Johor,” katanya.

Laporan agensi media antarabangsa, Xinhua, menyatakan bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.

Sementara itu, Kementerian Luar berkata Kedutaan Malaysia di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand dalam memberi bantuan konsul kepada mereka yang cedera, selain menghubungi waris-waris mangsa berkenaan.

Wisma Putra turut merakamkan ucapan takziah kepada kepada keluarga dan rakan mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Di Johor Baharu, Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung, mengesahkan kesemua 22 mangsa berkenaan adalah dari Batu Pahat, Johor.

“Kami menerima berita sedih bahawa kenderaan yang membawa Kumpulan Pelancong kami yang ke sana pada 17 Dis (Khamis) telah terlibat dalam kemalangan,” kata Yung ketika dihubungi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.