Kiriman pada: Sat, Feb 13th, 2016

Nahas Jalan Raya – Malaysia Di Tempat Ke 20 Terburuk Dunia

Kongsi maklumat ini
Tags

Mayat-Lelaki-Hampir-Reput-Ditemui-Di-Tepi-LombongNahas jalanraya yang berlaku di negara ini ternyata masih belum menunjukkan pengurangan sabahan hari laporan mengenainya dapat kita saksikan menerusi paparan media cetak dan elektronik.

Bilangan kematian serta kecerderaan terus di rekodkan sekaligus menimbulkan tanda tanya menagapakah kadarnya masih tidak berjaya di turunkan.

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liaw Tiong Lai, Malaysia mencatat jumlah kemalangan kedua puluh tertinggi di dunia daripada 160 buah negara.

Persoalannya adakah kerana sememangnya pemandu tidak berhemah atau struktur jalan raya yang kurang selamat seperti anggapan sesetengah pihak, apa yang pasti sikap gulungan yang tidak bertanggungjawab memandu laju dan mengabaikan peraturan jalanraya menjadi punca utama nahas.

Dalam usaha menangani isu keselamatan jalanraya secara menyeluruh pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan antaranya melalui aspek pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan dan persekitaran melibatkan agensi berkaitan seperti Polis, SPAD dan JPJ.

Namun jelas kadar kemalangan tetap ditahap sirius, sepanjang OPS Selamat 7 misalnya yang dijalankan selama 15 hari bermula 10 hingga 24 Julai 2015, sebanyak 20,458 kes nahas dilaporkan, daripada jumlah itu 302 yang mengakibatkan 330 kematian di catatkan, angka tersebut yang terburuk di catatkan dalam sejarah Ops Selamat sejak ia di mulakan pada tahun 1994.

Kecewa dengan statistik yang tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalis Abu Bakar mencadangkan agar jumlah kompaun maksimum yang dikenakan ketika ini sebanyak RM300 itu dinaikkan.

Cadangan itu akan di kemukankan kepada kerajaan dalam tempoh terdekat.

Sesungguhnya kita perlu melihatnya dari sudut yang positif ia itu jika dilaksanakan ia mampu mendorong penguna jalanraya supaya lebih berhati hati dalam pemanduan bagi mengelak dari dikenakan saman, malah turut perlu dilihat sebagai inisiatif untuk menguangkan nahas.

Fahamilah cadangan itu tercetus ekoran sikap pesalah trafik yang masih berterusan melanggar undang-undang meskipun mereka telah di saman beberapa kali dan rela membayar kompaun tanpa mengambil pengajaran terhadap saman tersebut.

Bagaimanapun pastinya kerajaan akan membuat pertimbangan yang sangat-sangat teliti sebelum sesuatu cadangan berkaitan kepentingan awam di putuskan, setiap dasar tentunya mengambil kira faedah keatas rakyat secara keseluruhan dan diperhalusi dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Semoga Ops Selamat 8 sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bermula 1 Fabuari lalu dan akan berakhir pada 16 haribulan ini mampu membawa kesan positif.

Berhati-hatilah semasa memandu, sentiasa bersabar dan berhemah di jalanraya untuk mengelakkan tragedi yang tidak di ingini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.