Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

Najib Bentang Semula #Bajet2016 Hari Ini

Kongsi maklumat ini
Tags

Bajet2016SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan membentangkan semula #Bajet2016 pada hari ini.

Menurut Najib seperti yang dipetik menerusi NajibRazak.com, pengubahsuaian #Bajet2016 itu dilakukan ekoran daripada situasi ekonomi global yang berada dalam keadaan mencabar pada tahun ini.

Kata beliau lagi, keadaan itu juga didorong oleh kejatuhan harga minyak dan komoditi yang terkesan di seluruh dunia pada masa ini.

“Dalam pembentangan #Bajet2016 tahun lalu, perancangan perbelanjaan negara disandarkan kepada andaian harga minyak Brent pada AS$48 (RM203.67) setong.

“Baru-baru ini, harga minyak mentah dunia jatuh kepada paras di bawah AS$30 (RM127.29) setong,” katanya.

Menurut Najib lagi, pembentangan semula #Bajet2016 itu perlu dilakukan bagi memastikan kelangsungan ekonomi dapat diteruskan tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.

Ikuti siaran langsung pengumuman pengubahsuaian semula #Bajet2016 yang akan bermula pada jam 12 tengahari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.