Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

Najib Hadir Majlis Berbuka Puasa Anjuran Muhyiddin

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di kediaman rasminya Sri Satria, Putrajaya.

Majlis yang dihadiri 300 tetamu itu disertai para menteri, timbalan menteri, menteri besar, pegawai tinggi kerajaan dan ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Antara anggota kabinet yang hadir ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada 35 pelajar Tahfiz An-Nasar, Ampang, Selangor.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.